JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN ABATOIR RUMINAN [AF-070-3:2015]
Kod CUAF-070-3:2015-C02
CompetencyCore
Tajuk CUAKTIVITI KAWALAN KUALITI
Penerangan CUAktiviti Kawalan Kualiti ialah kecekapan dalam menjalankan proses pemeriksaan ke atas pemeriksaan ternakan, premis, peralatan dan perkakasan, produk, tempat penyimpanan dan individivu untuk memastikan ia menepati standard atau piawaian yang telah ditetapkan. Ia merupakan teknik- teknik dan aktiviti operasi yang digunakan untuk memastikan kehendak-kehendak dan kawalan kualiti.

Individu yang kompeten dalam Aktiviti Kawalan Kualiti berupaya memeriksa ternakan, memeriksa kawalan kualiti premis, memeriksa kawalan kualiti peralatan dan perkakasan, memeriksa kawalan kualiti produk, memeriksa kawalan kualiti tempat penyimpanan dan juga memeriksa kekompetenan personel abattoir.

Hasil kecekapan ini ialah keupayaan menyelia dan memastikan operasi dan pengendalian abattoir memnuhi piawaian kualiti yang digariskan.
Tempoh Latihan200
Objektif PembelajaranHasil daripada keterampilan ini adalah kebolehupayaan untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan memuaskan kehendak dan keperluan pengguna,. Di penghujung unit ini, pelatih berupaya untuk :-
• Memeriksa ternakan
• Melaksanakan pemeriksaan kawalan kualiti premis
• Melaksanakan pemeriksaan kawalan kualiti mesin, peralatan dan perkakasan abattoir
• Melaksanakan pemeriksaan kawalan kualiti produk
• Melaksanakan pemeriksaan kawalan kualiti tempat penyimpanan (chiller)
• Melaksanakan pemeriksaan kekompetenan personel abattoir
Pra-Syarat-