JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELIAAN ABATOIR RUMINAN [AF-070-3:2015]
Kod CUAF-070-3:2015-C01
CompetencyCore
Tajuk CUAKTIVITI PENYEMBELIHAN
Penerangan CUAktiviti penyembelihan ialah kecekapan dalam melaksanakan proses penyembelihan dengan mengikut tatacara penyembelihan yang betul untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan. Sekiranya proses penyembelihan itu dilakukan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, ternakan yang disembelih itu akan dianggap produk tidak halal.

Individu yang kompeten dalam aktiviti penyembelihan berupaya untuk menyediakan arahan penyembelihan, menyediakan peralatan penyembelihan, melaksanakan penyembelihan dan merekodkan proses penyembelihan.

Hasil kecekapan unit ini adalah keupayaan dalam memberi panduan kepada individu untuk menjalankan aktiviti penyembelihan mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan.
Tempoh Latihan400
Objektif PembelajaranHasil daripada keterampilan ini adalah kebolehupayaan untuk memberi panduan kepada individu untuk menjalankan aktiviti penyembelihan mengikut prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan. Di penghujung unit ini, pelatih berupaya untuk :-
• Menyediakan arahan penyembelihan
• Menyediakan peralatan penyembelihan
• Melaksanakan penyembelihan
• Merekodkan proses penyembelihan
Pra-Syarat-