JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN ABATOIR RUMINAN [AF-070-2:2015]
Kod CUAF-070-2:2015-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUAMALAN PENGILANGAN YANG BAIK
Penerangan CUAmalan pengilangan yang baik (GMP ) adalah garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib untuk mengawal kebenaran dan pelesenan bagi pengeluaran dan penjualan produk makanan bagi membantu industri mencapai piawai pengeluaran makanan.

Individu yang kompeten dalam Amalan Pengilangan Yang Baik berupaya untuk melaksanakan Amalan Pengilangan Yang Baik untuk produk makanan, melaksana sanitasi dan kebersihan peribadi, melaksana sanitasi dan kebersihan premis, melaksana sanitasi dan kebersihan peralatan dan perkakasan,melaksanakan penyelengaraan perkakasan abattoir,melaksanakan kawalan mutu produk abatoir.

Hasil kecekapan unit ini adalah kebolehupayaan untuk mengendalikan proses penghasilan produk abatoir mengikut tatacara kerja dan mematuhi garis panduan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP).
Tempoh Latihan100
Objektif PembelajaranHasil kecekapan unit ini adalah kebolehupayaan untuk mengendalikan proses penghasilan produk abattoir mengikut tatacara kerja dan mematuhi garis panduan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP).
Di penghujung unit ini, pelatih berupaya untuk :-
• Melaksanakan Amalan Pengilangan Yang Baik untuk produk makanan.
• Melaksanakan sanitasi dan kebersihan peribadi.
• Melaksanakan sanitasi dan kebersihan premis
• Melaksanakan sanitasi dan kebersihan peralatan dan perkakasan
• Melaksanakan penyelenggaraan perkakasan abattoir
• Kemaskini rekod Amalan Pengilangan Yang Baik
Pra-Syarat-