JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN ABATOIR RUMINAN [AF-070-2:2015]
Kod CUAF-070-2:2015-C02
CompetencyCore
Tajuk CUAKTIVITI PENANDAAN DAN LABEL
Penerangan CUkecekapan dalam memberi keterangan mengenai produk abatoir seperti pengenalan ternakan dan akuan pematuhan kualiti sesuatu produk.


Individu yang kompeten dalam aktiviti penandaan dan label berupaya untuk menyemak jadual penyembelihan, menyediakan penandaan/siri dan label, menandakan karkas dan merekodkan proses penandaan dan label.

Hasil kecekapan unit ini adalah kebolehupayaan untuk memberi maklumat mengenai karkas dari segi tarikh, tempat ternakan disembelih dan nombor siri ternakan berdasarkan tatacara pengendalian abatoir.
Tempoh Latihan100
Objektif PembelajaranHasil kecekapan unit ini adalah kebolehupayaan untuk memberi maklumat mengenai karkas dari segi tarikh, tempat ternakan disembelih dan nombor siri ternakan berdasarkan tatacara pengendalian abattoir. Di penghujung unit ini, pelatih berupaya untuk :-
• Menyemak jadual penyembelihan
• Menyediakan penandaan/siri dan label
• Menanda karkas
• Merekodkan proses penandaan dan label
Pra-Syarat-