JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGENDALIAN ABATOIR RUMINAN [AF-070-2:2015]
Kod CUAF-070-2:2015-C01
CompetencyCore
Tajuk CUAKTIVITI PENGENDALIAN KARKAS
Penerangan CUAktiviti pengendalian karkas ialah kecekapan dalam mengendalikan karkas secara sistematik dengan tujuan untuk menghasilkan produk berkualiti.

Individu yang kompeten dalam Aktiviti Pengendalian Karkas berupaya untuk mengenalpasti arahan penyembelihan, mengendali proses menggantung karkas, melaksanakan proses mengulit, melaksanakan proses eviserasi dan melaksanakan pembelahan karkas.

Hasil kecekapan unit ini adalah kebolehupayaan untuk mengendalikan proses penghasilan produk abatoir mengikut tatacara kerja dan mematuhi garis panduan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP).
Tempoh Latihan150
Objektif PembelajaranHasil kecekapan unit ini adalah kebolehupayaan untuk mengendalikan proses penghasilan produk abattoir mengikut tatacara kerja dan mematuhi garis panduan Amalan Pengilangan yang Baik (GMP). Di penghujung unit ini, pelatih berupaya untuk :-
• Mengenalpasti arahan penyembelihan
• Mengendalikan proses menggantung karkas
• Melaksanakan proses mengulit
• Melaksanakan proses eviserasi
• Melaksanakan proses pembelahan karkas
• Merekodkan aktiviti pengendalian karkas
Pra-Syarat-