JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengeluaran Karaginan Separa Tulen [AF-021-3:2015]
Kod CUAF-021-3:2015-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGERINGAN DAN PENGISARAN ATC
Penerangan CUPengeringan dan pengisaran ATC adalah satu proses pengeringan semula rumpai laut yang telah melalui proses pengalkalian dan pemotongan berbentuk cip (chips). ATC yang telah dihasilkan akan dikeringkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan seterusnya akan melalui proses pengisaran untuk menghasilkan SRC.

Pengendali yang berkompeten dalam Pengeringan dan pengisaran ATC sewajarnya kompeten dalam mengenalpastikan hasilan peneutralan, mengaturkan kemudahan proses pengeringan, melaksanakan proses pengeringan, menyemak mutu pengeringan

Kekompetenan kerja ini akan membolehkan pengamal berkeupayaan untuk menghasilkan ATC berkualiti pada kadar kekeringan yang mengikut spesifikasi yang dikehendaki supaya ianya mudah dikisar.
Tempoh Latihan192
Objektif PembelajaranPersonel yang kompeten dalam CU ini akan dapat melaksanakan proses pengeringan semula rumpai laut yang telah melalui proses pengalkalian dan pemotongan berbentuk cip (chips). ATC yang telah dihasilkan akan dikeringkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan seterusnya akan melalui proses pengisaran untuk menghasilkan SRC. Pada akhir pengajaran unit kompetensi ini, pelatih akan dapat:
• Mengenalpasti hasilan pemotongan
• Menyediakan kemudahan pengeringan
• Mengendalikan proses pengeringan
• Melaksanakan proses pengisaran
Pra-Syarat0