JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengeluaran Karaginan Separa Tulen [AF-021-3:2015]
Kod CUAF-021-3:2015-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPRAPERLAKUAN RUMPAI LAUT
Penerangan CUPraperlakuan rumpai laut merupakan satu proses pembersihan rumpai laut yang diperolehi bagi tujuan mengasingkan bendasing dan kotoran yang menyeliputi rumpai laut kering. Ia dilaksanakan melalui kaedah pembersihan secara manual (menggunakan tangan) dan air sehingga ianya benar-benar bersih dan bersedia untuk proses yang seterusnya.

Pengendali yang berkompeten dalam praperlakuan rumpai laut sewajarnya kompeten dalam mengenalpasti jenis rumpai laut, menyediakan baha-bahan dan peralatan praperlakuan rumpai laut, melaksanakan pembersihan rumpai laut, menyemak hasilan praperlakuan rumpai laut dan menghantar hasilan ke proses pengalkalian

Kekompetenan kerja ini akan membolehkan pengamal memperolehi hasilan yang bersih dan bebas dari kekotoran yang tidak diingini.
Tempoh Latihan192
Objektif PembelajaranPersonel yang kompeten dalam CU ini akan dapat melaksanakan proses pembersihan rumpai laut bagi tujuan mengasingkan bendasing dan kotoran yang menyeliputi rumpai laut kering. Ia dilaksanakan melalui kaedah pembersihan secara manual (menggunakan tangan) dan air sehingga ianya benar-benar bersih dan bersedia untuk proses yang seterusnya. Pada akhir pengajaran unit kompetensi ini, pelatih akan dapat:
• Mengenalpasti jenis rumpai laut
• Menyediakan bahan-bahan dan peralatan praperlakuan rumpai laut
• Melaksanakan pembersihan rumpai laut
• Menyemak hasilan praperlakuan rumpai laut
Pra-Syarat0