JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengeluaran Karaginan Separa Tulen [AF-021-3:2015]
Kod CUAF-021-3:2015-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBELIAN RUMPAI LAUT KERING
Penerangan CUPembelian rumpai laut kering merupakan kerja pembelian rumpai laut daripada pengusaha pengkulturan untuk kegunaan pembuatan produk SRC. Ia dilakukan pada pengusaha jika pengilang atau pemprosesan SRC itu tidak mempunyai pengkulturan rumpai laut. Pembelian ini haruslah dilakukan dengan menunjukkan kemahiran untuk tawar menawar serta melakukan pemilihan rumpai laut yang berkualiti untuk kegunaan mereka.

Pengendali yang berkompeten dalam kerja pembelian rumpai laut sewajarnya kompeten dalam mengenapastikan bahan pembelian, menyediakan pesanan pembelian, melaksanakan pembelian rumpai laut, menyemak kesahihan barangan pembelian dan mendokumentasikan proses pembelian

Hasilan kompetensi ini akan membolehkan pengamal melakukan pembelian dengan memperolehi stok yang menepati kualiti yang dikehendaki berpadukan etika kerja dan peraturan.
Tempoh Latihan132
Objektif PembelajaranPersonel yang kompeten dalam CU ini akan dapat memainkan peranan yang penting dalam fungsi pembelian rumpai laut kering daripada pengusaha pengkulturan untuk kegunaan pembuatan produk SRC. Ia dilakukan pada pengusaha jika pengilang atau pemprosesan SRC itu tidak mempunyai pengkulturan rumpai laut. Pembelian ini haruslah dilakukan dengan menunjukkan kemahiran untuk tawar menawar serta melakukan pemilihan rumpai laut yang berkualiti untuk kegunaan mereka. Pada akhir pengajaran unit kompetensi ini, pelatih akan dapat:
• Mengenalpasti bahan pembelian
• Menyediakan pesanan pembelian
• Melaksanakan pembelian rumpai laut
• Menyemak kesahihan barang pembelian
• Mendokumentasikan proses pembelian
Pra-Syarat0