JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama Program Pengurusan Tahfiz [P854-001-3:2016]
Kod CUP854-001-3:2016-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPELAKSANAAN PENGAJARAN ASAS FARDHU AIN
Penerangan CULaksana Pengajaran Asas Fardhu Ain menerangkan keperluan untuk mengajar asas fardhu ain seperti adab hamalah al-Quran, ilmu tauhid, ilmu fekah, ilmu akhlak/ tasawuf, ilmu fekah wanita di samping membantu menyediakan jadual waktu pembelajaran, bahan-bahan pengajaran dan penilaian.

Individu yang berketrampilan dalam CU ini mesti boleh mengajar adab hamalah al-Quran, mengajar ilmu tauhid berkaitan ilahiyyat, mengajar ilmu tauhid berkaitan al-Risalah, mengajar ilmu tauhid berkaitan al-Sam’iyyat, mengajar ilmu fekah berkaitan taharah, mengajar ilmu fekah berkaitan solat , mengajar ilmu fekah wanita berkaitan taharah, mengajar ilmu fekah wanita berkaitan solat, mengajar ilmu akhlak/tasawuf.

Individu yang kompeten dalam CU ini mesti boleh mengajar ilmu-ilmu asas fardhu ain dan mengaplikasikan dalam pengajaran.
Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranIndividu yang kompeten dalam CU ini mesti boleh menguasai ilmu-ilmu asas Fardhu Ain dan mengaplikasikan dalam pengajaran.
Bagi memenuhi keperluan dalam CU ini, pelatih boleh : -

1. Mengajar Adab Hamalah Al-Quran
2. Mengajar Asas Ilmu Tauhid
3. Mengajar Ilmu Fekah Berkaitan Taharah
4. Mengajar Ilmu Fekah Berkaitan Solat
5. Mengajar Ilmu Akhlak/Tasawuf
Pra-SyaratTIADA