JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PEMBALAKAN - PENARIKAN KAYU [A022-002-2:2017]
Kod CUA022-002-2:2017-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENARIKAN KAYU BALAK
Penerangan CUPenarikan kayu balak merupakan kaedah menarik dan mengeluarkan kayu balak dari kawasan penebangan hutan. Kompetensi ini menerangkan kaedah penarikan menggunakan Jentolak (Bulldozer) dan Logfisher bagi penarikan balak secara berkesan dan mengurangkan impak buruk kepada persekitaran hutan.

Calon yang kompetent akan berupaya meninjau keadaan kawasan kerja-kerja penarikan kayu balak, menjalankan kerja-kerja penarikan kayu balak menggunakan Jentolak, menjalankan kerja-kerja penarikan kayu balak menggunakan Logfisher dan menyimpan/ meletakkan jentera berat selepas operasi.

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk melaksanakan kerja-kerja penarikan kayu balak keluar dari kawasan penebangan dengan teratur bagi mengurangkan impak buruk kepada kawasan persekitaran hutan.
Tempoh Latihan177
Objektif PembelajaranPenarikan kayu balak adalah kemahiran untuk melakukan kerja-kerja mengeluarkan kayu balak dari kawasan penebangan ke matau sementara dan perlu dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan untuk mengurangkan kerosakan pada permukaan tanah dan pokok hutan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Menilai keadaan kawasan kerja-kerja penarikan kayu balak
• Menjalankan kerja-kerja penarikan kayu balak menggunakan Jentolak
• Menjalankan kerja-kerja penarikan balak menggunakan Logfisher
• Menyimpan/ meletakkan jentera berat selepas operasi
Pra-Syarat0