JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PEMBALAKAN - PENARIKAN KAYU [A022-002-2:2017]
Kod CUA022-002-2:2017-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENYEDIAAN OPERASI JENTERA BERAT – BULLDOZER DAN LOGFISHER
Penerangan CUPenyediaan operasi jentera berat merupakan jenis skop kerja bagi menyediakan dan menyelenggara jentera berat untuk kerja-kerja penarikan balak didalam hutan. Kompetensi ini menerangkan pengendalian selamat dan penyelenggaran jentera berat didalam kerja-kerja penarikan kayu balak didalam hutan.

Calon yang kompeten akan berupaya kenalpasti penyediaan operasi jentera berat, mempraktikkan langkah-langkah keselamatan pengendalian jentera berat, memeriksa jentera berat sebelum injin dihidupkan, menghidupkan injin jentera berat, memereksa jentera berat selepas injin dihidupkan dan mempraktikkan pengendalian asas jentera berat

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan jentera berat bagi tujuan menarik balak dari kawasan penebangan dengan berkesan dan lancar
Tempoh Latihan128
Objektif PembelajaranPenyediaan operasi jentera berat – Bulldozer dan Logfisher adalah kemahiran untuk menyediakan dan memeriksa jentera berat untuk digunakan bagi kerja-kerja penarikan kayu balak. Ianya bagi memastikan jentera tersebut didalam keadaan baik sebelum memulakan kerja-kerja penarikan kayu balak dilakukan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat;
• Kenalpasti penyediaan operasi jentera berat.
• Mempraktikkan langkah-langkah keselamatan pengendalian jentera berat – Bulldozer dan Logfisher
• Memeriksa jentera berat sebelum injin dihidupkan.
• Menghidupkan enjin jentera berat.
• Memeriksa jentera berat selepas injin dihidupkan
• Mempraktikkan pengendalian asas jentera berat
Pra-Syarat0