JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PEMBALAKAN – PENEBANGAN [A022-003-2:2017]
Kod CUA022-003-2:2017-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPENEBANGAN POKOK BALAK BERARAH
Penerangan CUPenebangan pokok berarah merupakan jenis skop kerja bagi menentukan pokok ditebang dan tumbang pada arah yang ditentukan bagi memudahkan penarikan keluar dari kawasan penebangan. Kompetensi ini menerangkan kaedah penebangan dan pengataman balak dengan cara berkesan

Calon yang kompetent akan berupaya menjalankan kerja-kerja awal sebelum penebangan pokok, melakukan kerja-kerja penebangan pokok, melakukan kerja-kerja mengatam dan pemotongan hujung (Cross cutting) dan mengisi laporan penebangan.

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menghasilkan kerja penebangan dan pemotongan pokok balak berarah yang dapat mengurangkan impak buruk kepada persekitaran didalam hutan
Tempoh Latihan165
Objektif PembelajaranPenebangan pokok balak berarah adalah kemahiran untuk melakukan kerja-kerja penebangan pokok balak mengikut peraturan penebangan yang telah ditetapkan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat:-
• Menjalankan kerja-kerja awal sebelum penebangan pokok balak
• Melakukan kerja-kerja penebangan pokok balak
• Melakukan kerja-kerja mengatam dan pemotongan hujung (Cross cutting )
• Mengisi laporan penebangan balak
Pra-Syarat0