JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PEMBALAKAN – PENEBANGAN [A022-003-2:2017]
Kod CUA022-003-2:2017-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENGOPERASIAN GERGAJI BERANTAI
Penerangan CUPengoperasian gergaji berantai merupakan fungsi kerja mengendali mesin gergaji berantai dengan kaedah yang betul dan selamat. Kompetensi ini menerangkan cara-cara mengendali dan menjaga mesin gergaji berantai dengan betul bagi mempastikan mesin mampu digunakan secara optimum.

Calon yang kompetent akan berupaya mengenal gergaji berantai, pemilihan alat-alat perlindungan dan keselamatan diri (PPE), menghidup & menguji gergaji berantai dan menjaga & menyelenggara gergaji berantai

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan mesin gergaji berantai yang baik bagi tujuan kerja-kerja penebangan pokok balak.
Tempoh Latihan140
Objektif PembelajaranPengoperasian gergaji berantai adalah kemahiran untuk pemilihan gergaji berantai berdasarkan penggunaan dan penyediaan gergaji berantai untuk mendapatkan hasil penebangan pokok balak yang baik. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat;
• Mengenalpasti gergaji berantai
• Menyediakan alat-alat keselamatan
• Menghidup dan menguji gergaji berantai
• Menjaga dan menyelenggara gergaji berantai
Pra-Syarat0