JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PEMBALAKAN – PENEBANGAN [A022-003-2:2017]
Kod CUA022-003-2:2017-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN KESELAMATAN & KESIHATAN OPERASI PEMBALAKAN DAN PERHUTANAN
Penerangan CUPengendalian Keselamatan & Kesihatan Operasi Pembalakan dan Perhutanan merupakan kompetensi wajib yang harus ada pada pekerja pembalakan. Ia nya menjadi pengetahuan asas keselamatan dan kerja-kerja pembalakan yang mesti dipatuhi seperti memakai alat-alat perlindungan dan keselamatan diri, mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan oleh syarikat dan lain-lain sebelum seseorang pekerja dibenarkan bekerja di kawasan hutan.


Calon yang kompeten akan berupaya mengenalpasti jenis-jenis pokok, pengendalian jenis-jenis tandaan pada pokok, memilih alat-alat sukatan dan pengukuran kayu balak, mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, mengendali situasi kecemasan - untuk diri sendiri dan mempraktikkan kerja-kerja berasaskan konsep asas Ergonomik

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan tenaga kerja yang mengetahui pengetahuan asas keselamatan & perhutanan dan mampu mematuhi segala peraturan tersebut untuk memastikan keselamatan semasa bekerja didalam hutan.
Tempoh Latihan130
Objektif PembelajaranPengendalian Keselamatan & Kesihatan Operasi Pembalakan dan Perhutanan adalah kemahiran bagi memastikan pengetahuan asas keselamatan dalam kerja-kerja pembalakan diketahuai dan diamalkan oleh pekerja-pekerja pembalakan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat;
• Mengenalpasti jenis-jenis pokok
• Pengendalian jenis-jenis tandaan pada pokok
• Memilih alat-alat sukatan dan pengukuran kayu balak.
• Mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
• Mengamalkan kaedah rawatan asas kecemasan
• Mempraktikkan kerja-kerja berasaskan konsep asas ergonomik
Pra-Syarat0