JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPenyeliaan Operasi Pengeluaran Kenaf [RB-097-3:2016]
Kod CURB-097-3:2016-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPEMANTAUAN OPERASI LADANG KENAF
Penerangan CUPemantauan operasi ladang kenaf adalah kompetensi yang kritikal yang memerlukan seseorang mahir didalam seluk beluk penanaman kenaf dari peringkat pemilihan kawasaan sehingga ke peringkat penuaian untuk menjalankan kerja-kerja pemantauan dengan berkesan.

Calon yang kompetent akan berupaya untuk memeriksa kawasan tanaman kenaf serta keputusan ujian tanah, menyelia kerja pembersihan dan kerja mekanisasi ladang, memeriksa proses penanaman kenaf, mengawalselia proses penuaian kenaf (Fiber dan Core) dan penuaian kenaf (Biji benih) serta menyemak laporan operasi ladang kenaf.

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan seorang yang berkelayakan untuk membuat keputusan yang betul dan tepat dari segi perladangan kenaf dengan mengambil kira aspek agroekologi untuk memastikan kenaf yang dikeluarkan berkualiti.
Tempoh Latihan100
Objektif PembelajaranPelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berkeupayaan membuat keputusan yang betul dan tepat dari segi perladangan kenaf dengan mengambil kira aspek agroekologi untuk memastikan kenaf yang dikeluarkan berkualiti. Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk:
• Periksa kawasan tanaman kenaf.
• Periksa keputusan ujian tanah
• Menyelia kerja pembersihan.
• Menyelia kerja mekanisasi ladang.
• Periksa proses penanaman Kenaf
• Kawalselia proses penuaian kenaf (Fiber dan Core)
• Kawalselia proses penuaian kenaf (Biji benih)
• Semak laporan operasi ladang Kenaf
Pra-Syarat0