JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Mekanisasi Ladang Kenaf [RB-097-2:2016]
Kod CURB-097-2:2016-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENYELENGGARAAN PERALATAN MEKANISASI KENAF
Penerangan CUPenyelenggaraan peralatan mekanisasi kenaf merupakan fungsi kerja yang berbentuk penyelenggaraan mekanisasi-mekanisasi tanaman kenaf bagi memastikan ianya di keadaan yang fungsi dan elok sentiasa dalam proses perladangan kenaf. Kompetensi ini menerangkan kompetensi dalam penyelenggaraan mekanisasi kenaf.

Calon yang kompetent akan berupaya untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan serta menukar alat ganti peralatan mekanisasi, menguji peralatan mekanisasi selepas penyelenggaraan dan menyediakan laporan penyelenggaraan.

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk memastikan peralatan mekanisasi kenaf diselenggarakan dengan cara yang betul bagi memanjangkan jangka hayat peralatan mekanisasi serta boleh berfungsi dengan baik dan selamat..
Tempoh Latihan100
Objektif PembelajaranPelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berkeupayaan untuk memastikan peralatan mekanisasi kenaf diselenggarakan dengan cara yang betul bagi memanjangkan jangka hayat peralatan mekanisasi serta boleh berfungsi dengan baik dan selamat. Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk:
• Laksana kerja penyelenggaraan berkala.
• Tukar alatganti peralatan mekanisasi.
• Uji peralatan mekanisasi selepas penyelenggaraan
• Sedia laporan penyelenggaraan
Pra-Syarat0