JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Mekanisasi Ladang Kenaf [RB-097-2:2016]
Kod CURB-097-2:2016-C05
CompetencyCore
Tajuk CUPENUAIAN KENAF (BIJI BENIH)
Penerangan CUPenuaian kenaf (biji benih) adalah satu langkah dan proses kerja di mana kerja penuaian biji benih dikendalikan secara sistematik dan teratur. Kompetensi ini menerangkan kompetensi kerja penuaian biji benih yang membolehkan proses ini dijalankan secara mekanisasi serta dilaksanakan dengan lebih cekap, kemas dan tersusun.

Calon yang kompetent akan berupaya untuk menyediakan peralatan penuaian biji benih, melaksanakan penuaian biji benih kerja secara mekanisasi dan mengendalikan hasil tuaian.

Hasilan dari kompetensi ini adalah untuk menghasilkan kaedah penuaian benih kenaf yang efisyen dan produktif secara bermekanisasi, seterusnya ia akan membolehkan penuaian dilakukan dengan lebih baik serta dapat mengurangkan pembaziran benih yang terbuang.
Tempoh Latihan100
Objektif PembelajaranPelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berkeupayaan untuk menghasilkan kaedah penuaian benih kenaf yang efisyen dan produktif secara mekanisasi, seterusnya ia akan membolehkan penuaian dilakukan dengan lebih baik serta dapat mengurangkan pembaziran biji benih yang terbuang. Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk:
• Menyediakan keperluan peralatan penuaian biji benih
• Melaksanakan penuaian biji benih kenaf secara mekanisasi
• Mengendalikan hasil tuaian
Pra-Syarat0