JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOperasi Mekanisasi Ladang Kenaf [RB-097-2:2016]
Kod CURB-097-2:2016-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPEMILIHAN KAWASAN TANAMAN KENAF
Penerangan CUPemilihan kawasan tanaman kenaf merupakan kompetensi yang berada didalam bidang kerja perladangan kenaf. Kompetensi ini melibatkan kerja-kerja menentukan kawasan untuk tanaman kenaf dari aspek status tanah sehinggalah ke kerja-kerja penyedian kawasan lapang yang siap sedia untuk proses penanaman kenaf.

Calon yang kompetent akan berupaya untuk mengenalpasti tapak cadangan kawasan baharu kenaf serta status hakmilik tanah, mengatur pemeriksaan kawasan penanaman kenaf, menjalankan kerja pembersihan dan penyediaan laporan pembersihan kawasan

Hasilan dari kompetensi ini ialah untuk menyediakan pekerja berkemahiran tinggi dalam kerja peninjauan dan pembersihan kawasan dengan mengambil kira aspek agroekologi serta berkeupayaan untuk menggunakan sumber tenaga semaksima yang boleh untuk jangkamasa kerja yang singkat berpandukan kepada Environmental Impact Assessment (EIA) atau Penilaian Dampak Alam Sekitar (PeDAS
Tempoh Latihan100
Objektif PembelajaranPelatih yang kompeten dalam CU ini adalah sewajarnya berkeupayaan untuk menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi dalam kerja peninjauan dan pembersihan kawasan dengan mengambil kira aspek agroekologi serta berkeupayaan untuk menggunakan sumber tenaga semaksima yang boleh untuk jangkamasa kerja yang singkat berpandukan kepada Environmental Impact Assessment (EIA) atau Penilaian Dampak Alam Sekitar (PeDAS). Akhir pembelajaran ini, pelatih hendaklah berkeupayaan untuk:
• Mengenalpasti tapak cadangan kawasan baharu kenaf.
• Mengenalpasti status hakmilik tanah
• Mengatur pemeriksaan kawasan penanaman kenaf.
• Jalankan kerja pembersihan
• Sedia laporan pembersihan kawasan
Pra-Syarat0