JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPemprosesan Sarang Burung Walit [AF-063-2:2013]
Kod CUAF-063-2:2013-E01
CompetencyElektif
Tajuk CUMENUAI SBW
Penerangan CUMenuai SBW ialah aktiviti menuai dan mengumpulkan SBW mengikut spesifikasi yang ditentukan syarikat dan peraturan pihak berkuasa. Kakitangan yang telah mahir dalam menuai SBW mesti boleh mengenalpasti spesifikasi dan tujuan aktiviti menuai SBW, mengenalpasti peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan aktiviti menuai SBW, menyediakan peralatan dan PPE untuk aktiviti menuai SBW, menuai SBW, memeriksa hasil tuaian SBW dan merekod hasil tuaian SBW. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh melkukan kerja menuai SBW serta memastikan hasil tuan telah disenggara mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Tempoh Latihan120
Objektif PembelajaranMenuai SBW ialah aktiviti menuai dan mengumpulkan SBW mengikut spesifikasi yang ditentukan syarikat dan peraturan pihak berkuasa. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Kenalpasti spesifikasi dan tujuan aktiviti menuai SBW
• Patuhi peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan aktiviti menuai SBW
• Sediakan peralatan dan PPE untuk aktiviti menuai SBW
• Tuai SBW
• Periksa hasil tuaian SBW
• Rekod hasil tuaian SBW
Pra-SyaratPra syarat bagi mereka yang berminat untuk belajar didalam bidang ini ialah berkebolehan menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Mereka mestilah tidak rabun warna dan berminat dalam pengendalian Pemprosesan Sarang Burung Walit.