JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPemprosesan Sarang Burung Walit [AF-063-2:2013]
Kod CUAF-063-2:2013-C04
CompetencyCore
Tajuk CUAKTIVITI PENGGREDAN SBW
Penerangan CUAktiviti penggredan SBW ialah aktiviti menggred dan mengklasifikasikan SBW mengikut keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh syarikat. Kakitangan yang telah mahir dalam Aktiviti Grading SBW mesti boleh mengenalpasti spesifikasi dan tujuan aktiviti penggredan SBW, mengenalpasti peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan aktiviti penggredan SBW, menyediakan peralatan dan PPE untuk aktiviti penggredan SBW, melakukan aktiviti penggredan SBW, memeriksa ketepatan gred SBW dan merekodkan aktiviti penggredan SBW. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh membezakan dan mengasingkan SBW mengikut gred yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Tempoh Latihan80
Objektif PembelajaranAktiviti penggredan SBW ialah aktiviti menggred dan mengklasifikasikan SBW mengikut keperluan dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh syarikat. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Kenalpasti spesifikasi dan tujuan aktiviti penggredan SBW
• Patuhi peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan aktiviti penggredan SBW
• Sediakan peralatan dan PPE untuk aktiviti penggredan SBW
• Lakukan aktiviti penggredan SBW
• Periksa ketepatan gred SBW
• Rekodkan aktiviti penggredan SBW
Pra-SyaratPra syarat bagi mereka yang berminat untuk belajar didalam bidang ini ialah berkebolehan menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Mereka mestilah tidak rabun warna dan berminat dalam pengendalian Pemprosesan Sarang Burung Walit.