JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPemprosesan Sarang Burung Walit [AF-063-2:2013]
Kod CUAF-063-2:2013-C03
CompetencyCore
Tajuk CUAKTIVITI PENSTERILAN SBW
Penerangan CUAktiviti pensterilan SBW ialah aktiviti kerja pensterilan pada SBW bagi memastikan kualiti SBW yang diproses mengikut GVHP, GMP (MS2333: 2010), MS2334 1GP, ISO dan Malaysian Food Act. Kakitangan yang telah mahir dalam Aktiviti pensterilan SBW mesti boleh mengenalpasti spesifikasi dan tujuan aktiviti pensterilan SBW, mengenalpasti peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan aktiviti pensterilan SBW, menyediakan ruang, peralatan dan PPE untuk aktiviti pensterilan SBW, melakukan aktiviti pensterilan, memeriksa keadaan fizikal SBW kesan aktiviti pensterilan dan merekodkan aktiviti pensterilan SBW. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh memastikan tahap keselamatan kawasan kerja dan SBW yang diproses telah mengikut kualiti peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Tempoh Latihan90
Objektif PembelajaranAktiviti pensterilan SBW ialah aktiviti kerja pensterilan pada SBW bagi memastikan kualiti SBW yang diproses mengikut GVHP, GMP (MS2333: 2010), 1GP, ISO dan Malaysian Food Act. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Kenalpasti spesifikasi dan tujuan aktiviti pensterilan SBW
• Patuhi peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan aktiviti pensterilan SBW
• Sediakan ruang, peralatan dan PPE untuk aktiviti pensterilan SBW
• Lakukan aktiviti pensterilan
• Periksa keadaan fizikal SBW kesan aktiviti pensterilan
• Rekodkan aktiviti pensterilan SBW
Pra-SyaratPra syarat bagi mereka yang berminat untuk belajar didalam bidang ini ialah berkebolehan menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Mereka mestilah tidak rabun warna dan berminat dalam pengendalian Pemprosesan Sarang Burung Walit.