JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPemprosesan Sarang Burung Walit [AF-063-2:2013]
Kod CUAF-063-2:2013-C02
CompetencyCore
Tajuk CUKAWALAN KUALITI SBW
Penerangan CUKawalan kualiti SBW ialah aktiviti memeriksa dan mengawal kualiti SBW yang diproses mengikut GVHP, GMP (MS2333: 2010), 1GP, ISO dan Malaysian Food Act. Kakitangan yang telah mahir dalam kawalan kualiti SBW mesti boleh mengenalpasti peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan pengagihan SBW mentah belum bersih, menyediakan SBW mentah belum bersih dan bekas untuk pengagihan, melakukan pengagihan SBW untuk proses penyucian, memeriksa kualiti dan kualiti SBW yang diagihkan dan merekodkan aktiviti pengagihan SBW mentah belum bersih. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh mengenalpasti kualiti SBW yang telah diproses mengikut standard yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Tempoh Latihan100
Objektif PembelajaranKawalan Kualiti SBW ialah aktiviti kerja memeriksa dan mengawal kualiti SBW yang diproses mengikut GVHP, GMP (MS2333: 2010), 1GP, ISO dan Malaysian Food Act. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Kenalpasti spesifikasi dan tujuan kawalan kualiti
• Sediakan peralatan dan PPE untuk kawalan kualiti SBW
• Lakukan aktiviti kawalan kualiti SBW
• Periksa keberkesanan aktiviti kawalan kualiti SBW
• Rekodkan aktiviti kawalan kualiti SBW
Pra-SyaratPra syarat bagi mereka yang berminat untuk belajar didalam bidang ini ialah berkebolehan menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Mereka mestilah tidak rabun warna dan berminat dalam pengendalian Pemprosesan Sarang Burung Walit.