JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPemprosesan Sarang Burung Walit [AF-063-2:2013]
Kod CUAF-063-2:2013-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENGAGIHAN SBW MENTAH BELUM BERSIH
Penerangan CUPengagihan SBW mentah belum bersih ialah aktiviti kerja mengagihkan SBW mentah belum bersih kepada operator mengikut mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Kakitangan yang telah mahir dalam pengagihan SBW mentah belum bersih mesti boleh mengenalpasti spesifikasi dan tujuan pengagihan SBW mentah belum bersih, mengenalpasti peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan pengagihan SBW mentah belum bersih, menyediakan SBW mentah belum bersih dan bekas untuk pengagihan, melakukan pengagihan SBW untuk proses penyucian, memeriksa kualiti dan kualiti SBW yang diagihkan dan merekodkan aktiviti pengagihan SBW mentah belum bersih. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh mengagihkan SBW kepada kakitangan bawahan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.
Tempoh Latihan60
Objektif PembelajaranPengagihan SBW Mentah Belum Bersih ialah aktiviti kerja mengagihkan SBW mentah belum bersih kepada Operator mengikut pearturan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Kenalpasti spesifikasi dan tujuan pengagihan SBW mentah belum bersih
• Patuhi peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan pengagihan SBW mentah belum bersih
• Sediakan SBW mentah belum bersih dan bekas untuk pengagihan
• Lakukan pengagihan SBW untuk proses penyucian
• Periksa kualiti dan kualiti SBW yang diagihkan
• Rekodkan aktiviti pengagihan SBW mentah belum bersih
Pra-SyaratPra syarat bagi mereka yang berminat untuk belajar didalam bidang ini ialah berkebolehan menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Mereka mestilah tidak rabun warna dan berminat dalam pengendalian Pemprosesan Sarang Burung Walit.