JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPemprosesan Sarang Burung Walit [AF-063-1:2013]
Kod CUAF-063-1:2013-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPEMBENTUKAN SEMULA SBW
Penerangan CUPembentukan semula SBW ialah aktiviti membentuk semula SBW kepada bentuk asal selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan. Kakitangan yang telah mahir dalam pembentukan semula SBW mesti boleh mengenalpasti spesifikasi dan tujuan pembentukan semula SBW, mengenalpasti peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan pembentukan semula SBW, menyediakan peralatan dan bahan pembentukan semula SBW, membentuk SBW kepada bentuk asal, periksa kualiti dan spesifikasi SBW yang telah dibentuk, melaporkan aktiviti pembentukan semula SBW kepada pegawai atasan. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh mengembalikan SBW kepada bentuk asal selepas aktiviti pembersihan dilakukan.
Tempoh Latihan200
Objektif PembelajaranPembentukan semula SBW ialah aktiviti kerja membentuk semula SBW kepada bentuk asal. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Kenalpasti spesifikasi dan tujuan pembentukan semula SBW
• Patuhi peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan pembentukan semula SBW
• Sediakan peralatan dan bahan pembentukan semula SBW
• Bentukkan SBW kepada bentuk asal
• Periksa kualiti dan spesifikasi SBW yang telah dibentuk
Laporkan aktiviti pembentukan semula SBW kepada pegawai atasan
Pra-SyaratPra syarat bagi mereka yang berminat untuk belajar didalam bidang ini ialah berkebolehan menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Mereka mestilah tidak rabun warna dan berminat dalam pengendalian Pemprosesan Sarang Burung Walit.