JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPemprosesan Sarang Burung Walit [AF-063-1:2013]
Kod CUAF-063-1:2013-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPROSES PEMBERSIHAN SBW
Penerangan CUProses Pembersihan SBW ialah aktiviti kerja membersihkan kekotoran didalam SBW seperti membuang bulu, guano dan bendasing mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Kakitangan yang telah mahir dalam proses pembersihan SBW mesti boleh mengenalpasti spesifikasi dan tujuan proses pembersihan SBW, mengenalpasti peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan proses pembersihan SBW, menyediakan peralatan dan bahan proses pembersihan SBW, melembutkan SBW pada kadar kelembapan tertentu dengan mengekalkan bentuk sarang, Keluarkan bulu dan kekotoran daripada SBW, bersihkan filament, fragment dan fine grain SBW yang pecah, melakukan kerja pengeringan SBW, periksa kadar kelembapan, kualiti dan spesifikasi SBW serta melaporkan aktiviti proses pembersihan SBW kepada pegawai atasan. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menyediakan SBW yang telah dikeluarkan kekotoran dalamannya.
Tempoh Latihan220
Objektif PembelajaranProses Pembersihan SBW ialah aktiviti kerja membersihkan kekotoran seperti membuang bulu daripada SBW. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Kenalpasti spesifikasi dan tujuan proses pembersihan SBW
• Patuhi peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan proses pembersihan SBW
• Sediakan peralatan dan bahan proses pembersihan SBW
• Lembutkan SBW pada kadar kelembapan tertentu dengan mengekalkan bentuk sarang
• Keluarkan bulu dan kekotoran pada SBW
• Bersihkan filament, fragment dan fine grain SBW yang pecah
• Lakukan kerja pengeringan SBW
• Periksa kadar kelembapan SBW
• Periksa kualiti dan spesifikasi SBW
• Laporkan aktiviti proses pembersihan SBW kepada pegawai atasan
Pra-SyaratPra syarat bagi mereka yang berminat untuk belajar didalam bidang ini ialah berkebolehan menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Mereka mestilah tidak rabun warna dan berminat dalam pengendalian Pemprosesan Sarang Burung Walit.