JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPemprosesan Sarang Burung Walit [AF-063-1:2013]
Kod CUAF-063-1:2013-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPROSES PRA PEMBERSIHAN SBW MENTAH BELUM BERSIH
Penerangan CUProses Pra Pembersihan SBW Mentah Belum Bersih ialah aktiviti kerja mengeluarkan kekotoran luaran seperti cat, kayu, guano, pasir dan kulit telur daripada SBW mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat. Kakitangan yang telah mahir dalam Proses Pra Pembersihan SBW Mentah Belum Bersih mesti boleh mengenalpasti spesifikasi dan tujuan pra pembersihan SBW mentah belum bersih, mengenalpasti peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan pra pembersihan SBW mentah belum bersih, menyediakan peralatan dan Personal Protective Equipment (PPE) untuk pra pembersihan SBW mentah belum bersih, melakukan pengeringan SBW mentah belum bersih, trim SBW kepada bentuk yang dikehendaki dikawasan tapak dan telinga SBW, melakukan pengasingan SBW mentah belum bersih, melakukan aktiviti mengikis kekotoran SBW, periksa kuantiti, kualiti serta spesifikasi SBW yang telah dikikis dan melaporkan aktiviti pra pembersihan SBW mentah belum bersih kepada pegawai atasan. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menyediakan SBW yang telah diasingkan mengikut gred dan dikeluarkan kekotoran luarannya.
Tempoh Latihan180
Objektif PembelajaranProses Pra Pembersihan SBW Mentah Belum Bersih ialah aktiviti kerja mengeluarkan kekotoran seperti cat, kayu, guano, pasir dan kulit telur daripada SBW. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-
• Kenalpasti spesifikasi dan tujuan pra pembersihan SBW mentah belum bersih
• Patuhi peraturan dan perundangan yang berkaitan dengan pra pembersihan SBW mentah belum bersih
• Sediakan peralatan dan Personal Protective Equipment (PPE) pra pembersihan SBW mentah belum bersih
• Lakukan pengeringan SBW mentah belum bersih
• Trim SBW kepada bentuk yang dikehendaki dikawasan tapak dan telinga SBW
• Lakukan pengasingan SBW mentah belum bersih
• Lakukan aktiviti mengikis kekotoran SBW
• Periksa kualiti dan spesifikasi SBW yang telah dikikis
• Laporkan aktiviti pra pembersihan SBW mentah belum bersih kepada pegawai atasan
Pra-SyaratPra syarat bagi mereka yang berminat untuk belajar didalam bidang ini ialah berkebolehan menulis dan membaca dalam Bahasa Malaysia. Mereka mestilah tidak rabun warna dan berminat dalam pengendalian Pemprosesan Sarang Burung Walit.