Platform Awam

PENGENALAN

Platform Awam ini disediakan bertujuan memudahkan pelajar, ibu bapa, profesional dan orang awam untuk mengenali lebih dekat peranan MySPIKE yang dapat membantu dalam carian kursus atau program kemahiran. Carian ini amat berguna untuk semakan atau tawaran kepada pelajar mencari kursus yang bersesuaian yang ditawarkan oleh institusi latihan yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Platform Awam ini juga menjadi ruang untuk bekas pelajar dan graduan membuat maklumbalas setelah tamat menjalani latihan terhadap Pusat Bertauliah dan memberi maklumbalas Pengesanan Graduan.

Terdapat dua kaedah utama pembelajaran yang ditawarkan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) iaitu Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

Maklumat lanjut berkaitan SLaPB boleh didapati Di Sini manakala makulmat SLDN boleh didapati Di Sini atau kedua-duanya boleh didapati dari Laman Rasmi JPK.

PERSIJILAN DAN PENGIKTIRAFAN

Terdapat lima (5) tahap persijilan yang ditawarkan melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) iaitu:

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
  • Pelaksanaan latihan yang melibatkan 70% latihan praktikal ini mendapat pengiktirafan bukan sahaja di dalam sektor kerajaan malah turut diterima baik di industri. Untuk makluman, Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang digunakan dalam pelaksaan latihan telah dibangunkan sendiri oleh pakar-pakar dari industri.

    PELUANG KERJAYA

    Kita biasa mendengar pekerja kolar biru dan kolar putih tetapi terdapat satu bidang pekerjaan yang semakin diberi perhatian iaitu 'kolar baharu'.

    Kerjaya kolar baharu seperti tukang paip, juruelektrik dan penggunting rambut mungkin dianggap kerjaya kelas kedua pada waktu dahulu tetapi tidak lagi sekarang.

    Permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga mahir bidang tersebut mengangkatnya ke satu tahap yang harus dibanggakan. Bidang kolar baharu ini adalah satu peluang yang perlu direbut rakyat Malaysia kerana ia menjanjikan prospek kerjaya yang cerah dan gaji lumayan.

    Majalah Forbes pada Januari 2019 melalui artikel New-Collar Workers- Who Are They And How Are They Contributing To Our Labor Shortage? oleh Scholley Bubenik memberi tafsiran "kolar baharu" seperti berikut: -

    Individu yang mendapat kemahiran teknikal dan kemahiran insani yang diperlukan untuk pekerjaan melibatkan teknologi.

    Pekerja ini tidak mempunyai ijazah akademik, sebaliknya mendapat latihan kemahiran daripada Institusi Latihan Kemahiran Awam/Swasta (ILKA atau ILKS) dan latihan sambil bekerja.

    Carian Kursus/Program Yang Ditawarkan

    Semakan dan carian kursus atau program yang ditawarkan oleh Pusat Bertauliah SLaPB dan SLDN boleh didapati dari pautan di bawah:-

    PENGAJIAN DI INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN

    Secara umumnya, bakal pelajar perlulah memenuhi syarat minimum kelayakan bagi kemasukan dimana-mana institusi latikan kemahiran di bawah JPK. Namum begitu, syarat-syarat tambahan lain mengikut peraturan dan keperluan oleh institusi terbabit

    Ibu bapa yang ingin mendapatkan tempat bagi melanjutkan pelajaran bagi anak-anak, boleh membuat semakan program dan tempat yang bersesuaian di laman MySPIKE. Ibu bapa boleh terus menghubungi institusi latihan terbabit bagi maklumat lanjut berkaitan pendaftaran, yuran dan sebagainya.

    Semakan dan carian Pusat Bertauliah SLaPB dan SLDN boleh didapati dari pautan di bawah:-

    SENARAI PB SLDN YANG MENAWARKAN PROGRAM SLDN BERINSENTIF

    Semakan dan carian Pusat Bertauliah SLaPB dan SLDN boleh didapati dari pautan di bawah:-

    Bagi pelajar sedia ada yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi latihan di bawah JPK, pelajar boleh membuat semakan pendaftaran status pendaftaran pelatih di Semak Status Pendaftaran.Sebarang keterangan lanjut berkaitan maklumat pendaftaran boleh menghubungi institusi latihan di mana pelajar didaftarkan.

    Semakan pendaftaran pelajar boleh didapati dari pautan di bawah:-

    REKOD PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

    Pelajar dan Ibu Bapa juga boleh menyemak status sijil yang telah diperolehi setelah tamat pengajian:-

    • Semakan SKM / DKM / DLKM SKM / DKM / DLKM

    • Semakan Sijil Penyata Pencapaian Sijil Penyata Pencapaian
      - Rekod Sijil Penyata Pencapaian hanya bagi sijil yang diluluskan bermula tahun 2023 dan ke atas sahaja.

    • Panduan Penjanaan & Pengesahan Sijil Elektronik (eCertificate) Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Muat Turun

    MAKLUMBALAS PELAJAR TERHADAP PUSAT BERTAULIAH / INSTITUSI LATIHAN DAN PENGESANAN GRADUAN

    Penarafan Bintang telah memperkenalkan dua (2) jenis maklumbalas pelatih yang telah tamat menjalani latihan terhadap Pusat Bertauliah dan pengesanan graduan. Bekas pelatih atau graduan diminta untuk membuat penilaian bermula sebulan sebelum tamat latihan sehingga sebulan selepas tamat latihan.

    Sila mendaftar dengan MySPIKE sebelum memulakan maklmbalas.

    Daftar Sebagai Pengguna

    SEMAKAN PPT PENILAIAN KHAS

    Semakan keputusan kepada calon atau agensi yang telah memohon PPT melalui penilaian khas seperti BPLTV dan KV.

    Semak Keputusan PPT Penilaian Khas

    KELAYAKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM

    Pemegang SKM/DKM/DLKM yang layak boleh memohon memasuki perkhidmatan awam merujuk kepada Skim Perkhidmatan dengan Syarat Lantikan SKM/DKM/DLKM.

    Semak Kelayakan Lantikan Ke Perkhidmatan Awam